Posts

Showing posts from January, 2014

Jangan tunggu sempurna kemudian baru dakwah!

Image
Assalamu'alaikum. Okay so entry kali ni pendek je. Petikan ni saya ambil dari group usrah saya. Harap harap ianya bermanfaat sesama kita ya ;) Bismillahirrahmanirrahim. Dari Anas r.a, dia berkata "Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran meskipun kalian belum meninggalkan semuanya." (HR Thabrani). Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin 'Abdillah: "Berilah nasihat kepada sahabat sahabatmu." Mutharrif menjawab: "Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang aku tidak kerjakan." Al Hasan berkata lagi: "Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorang pun diantara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan ak

Jaga Ikhtilat

Assalamu'alaikum wbt. Seperti yg dijanjikan, saya akan share serba sedikit ilmu yg saya dapat dari sahabat sahabat usrah saya. Harap harap ilmu ni dapat mentarbiah diri kita ya. Sama sama kita manfaatkan ilmu ni. InsyaAllah  ♥ Bismillahirrahmanirrahim Sedar tak kita? Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI? Bagaimana? Saya elok pakai tudung, tutup aurat semua, takkan still menggoda kot?! Betul, kita memang dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar, labuh, tak nipis, pakai stokin, tudung tutup dada. Tapi diluar kesedaran kita, mungkin kita buat benda benda ni : 1.Tunduk Eh? Takkan laaa tunduk pun salah? Alahai... Tak, tunduk ni just jadi salah bila kita ni tengah berdiri, then nak pergi ambil benda atas lantai, kita tak melutut. terus ambil dengan cara tunduk. Ala ala rukuk gitu. Faham? Sedar tak kita dah membiarkan bentuk bahagian punggung terdedah utk dilihat oleh kaum adam? Kalau waktu tu takde lelaki, takpe la, misalnya kat rumah. So ta

2014

Image
Assalamualaikum wbt.  Bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk terus hidup pada tahun 2014 ni. Syukur syukur syukur. Asif jiddan kerana blog lama telah saya delete disebabkan hal yang tertentu. Anyway, saya harap blog baru ni dapat bagi serba sedikit ilmu yang bermanfaat untuk kita semua ye :) Well, sempena tahun baru ni, mesti ramai yang dah pasang azam itu ini kan. Sama lah kita. Tapi, nak pasang azam baru tu biar niat kena ikhlas. And mestilah dengan doa, usaha, istiqamah & tawakkal ya! Jangan pasang niat je tapi tak buat. Biasa lah tu. Saya pun mcm tu jugak dedulu but not this time, insyaAllah! So untuk entry baru nanti saya akan update tentang ikhtilat (pergaulan lelaki dan wanita). Kita semua patut tahu hal ni untuk pelihara hati kita. Kalau kita dapat jaga hati, insyaAllah kita boleh dapat rasa khusyuk & ikhlas dalam diri kita masa beribadah. Moga moga ibadah kita sah dan diterima olehNya ;) Saya akhiri dgn Selamat Tahun Baru dan assalamu&#