Posts

Showing posts from 2014

JODOH itu Unik ♡

Assalamualaikum sahabat   fillah sekalian , terasa  lama sangat tak update blog ni . Sunyi je kan ? Berhabuk habuk siap blog ni hehe kesian dia. So malam ni  bonus, alhamdulillah saya   dapat update something best dan ringkas utk   bacaan   umum especially mereka yang hati   tengah  berbunga bunga  tu . Hehe . Saya dapat petikan   ni dari  group usrah .  saya So  share je  la mana yg   sahih . Moga bermanfaat  ye  :) Seringkali yang dikejar-kejar menjauh . Yang tak disengaja mendekat . Yang seakan sudah pasti menjadi ragu . Yang awalnya diragukan menjadi pasti . Yang ternilai jadi biasa . Yang tak dinilai jadi bernilai . Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan Yang tak pernah terpikirkan, bersanding di pelaminan Maka , percayalah . Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kau mengenalnya, Seberapa akrab kau dengan orang tuanya, Atau seberapa sering kau komunikasi dengannya. Tapi , seberapa yakin kau padaNya

Ujian.Kesusahan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد: Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah kerana memberi peluang utk terus hidup pada pagi ni. Sebelu m terlambat, Selamat menyambut ibadah puasa buat sahabat fillah sekalian. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada yg lepas. InsyaAllah . Lama dah saya tak update blog. Rindu sebenarnya nak jadi rajin update tapi tak berkesempatan sbb suasana pembelajaran utk peringkat ijazah ni agak err boleh dikategorikan susah . jugak . Tapi takpe. Sementara ada sikit masa ni, moh la kita isi hati dan buka minda utk muhasabah diri  Baiklah . Apa yg dikatakan sebagai ujian? Apa pula yg dikatakan sebagai kesusahan? Bagi pendapat saya, lebih kurang sama je dedua. Tapi ujian ni tak semestinya susah, apa yg pasti kesusahan semestinya susah. Faham ? Alright meh kita teruskan . Ujian boleh datang dalam banyak bentuk. Seperti yg 

Allah Lebih Tahu

Assalamu'alaikum. Lama tak update. Takdelah lama mana tapi rasa lama taktau kenapa. Rasa kosong bila tak menulis. Hihi. Walaupun ada test satgi, takpe lah. Nak gak luangkan masa kat blog buruk ni. Blog yang krik krik takdak orang nak ambik tau sangat. Haha tak kisah pun. Ana menulis bukan untuk popular, just nak share apa yg terbuku dihati dan apa yang ana dapat. InsyaAllah moga bermanfaat. Okay let the story begin! BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Bayangkan. Kita ada anak kecil, 3 tahun. One day, kita tengah masak kat dapur. Si kecil tu pun mai sekali duk ikut mak dia. Pastu ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis. Nakkan main pisau. Agak-agak kita bagi? Tentu lah tak, kan. Gila apa nak bagi. So izit means kita tak sayang dia? No no no. Sebab sayanglah kita takmo bagi. Walaupun anak kita rasa, pisau itu 'best' Tapi kita lebih tahu. Ia merbahaya untuk anak kita. Kita lebih tau. Anak tak tau Begitu juga kita dengan Allah. Kita 'merengek' nakkan sesuat

Husnuzon atau Suuzon?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukran jazilan kerana awak masih lagi bersama sayasecara tak langsung dalam rancangan "Ana Bukanlah Ustazah" . Hihihi . Okay jom kita teruskan rancangan kita dengan sesi membebel pagi subuh bersama tetamu jemputan kita pagi ni, Datin Seri Nur'Atiqah . Tafadhol masykura Datin :P   بسم الله الرحمن الرحيم Pertama tama sekali saya just nak terangkan definisi Husnuzon which means bersangka baik. Dan Suuzon pula ialah yg sebaliknya, yakni bersangka buruk pula. Ala semua orang dah tau kan so saya taknak cakap panjang and nak share tazkirah pagi yg saya dapat beberapa bulan lepas dari group usrah kesayangan saya, Saitul Mujahidah 3 ❤ tepuk sikittt hehe. Okay dah dah . Jom kita teruskan membaca. So hati yang paling teruk adalah hati yang ber prasangka buruk terhadap kebaikan orang. Bila nampak orang tulis pasal nasihat, pasal dakwah, pasal Islam, kita kata dia poyo, menunjuk nunjuk, ajet ajet alim la, apa la. Itu

R.I.A.K

Assalamu'alaikum . Wow, look at the time it's already 2 am plus plus. Haha takpe lah. Bukan senang senang nak dapat feel update blog. Susah tau. Ni pun dapat feel sebab dah bosan duk ngadap assignments yang berlambak dan takdak kesudahannya. Adehhh . Okay let's skip to my real topic here which is R to the I A K! Yes, RIAK yang sinonim dengan angkuh atau berlagak . Perbetulkan saya   sekiranya silap okay? Baik lah , jom start :)                                             بسم الله الرحمن الرحيم Okay ma makna riak ? Riak ni terjadi bila mana kita buat sesuatu perkara baik tu dengan niat menunjuk nunjuk. Contoh la kan, saya ni tengah duk lepak kat kelas, dengaq lagu apa suma tetiba lecturer mai masuk. Terus berpura pura buat kerja itu ini kekonon nak tunjuk kat lecturer lah yang saya ni rajin duk datang kelas buat kerja baca buku apa suma la. CONTOH la eh. Haaa hat tu la dikira RIAK. Buat something sebab nak menunjuk . So awak tau dak samaada awak 

You can't break a broken heart ;)

Assalamu'alaikum to all readers! It's been awhile isn't it? Ahah ! Sorry for not updating this blog for such a long long looong time. Well, here you go! A topic which maybe interesting but actually not. But please keep on reading this entry! بسم الله الرحمن الرحيم okay first of all, merujuk pada tajuk yang tertera, obviously entry ni is all about a broken heart. Isk isk. Taktau nak habaq lagu mana lagi pasai hati ni. Duk sakit ja manjang. Adeh . Well look at the bright side! Setiap kali sakit hati or terasa hati, after that mesti ada benda baik jadi. For me la. Tak tau apa pula cerita korang kan. So that means "setiap apa yang berlaku ada hikmahnya". Daripada tu saya dapat belajar macam macam! Dapat kenal macam macam pangai orang or kekawan sekeliling. And daripada tu jugak saya belajar cemana nak STAY STRONG, TABAH, ISTIQAMAH and TAKKAN GOYAH! Walau cemana teruk pun orang hentam awak, sakitkan hati awak, jatuhkan awak, awak kena kuat! Tab

Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah

Assalamu'alaikum :)  Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang macam tu je. Takpun bercinta bagai nak rak, bertahun tahun, lastly berakhir dengan break up atas sebab tertentu. Tapi, ada hikmah atas semua yang jadi. Itulah juga petanda terbaik daripada Allah untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa akan datang. 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan ora

Jangan tunggu sempurna kemudian baru dakwah!

Image
Assalamu'alaikum. Okay so entry kali ni pendek je. Petikan ni saya ambil dari group usrah saya. Harap harap ianya bermanfaat sesama kita ya ;) Bismillahirrahmanirrahim. Dari Anas r.a, dia berkata "Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran meskipun kalian belum meninggalkan semuanya." (HR Thabrani). Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin 'Abdillah: "Berilah nasihat kepada sahabat sahabatmu." Mutharrif menjawab: "Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang aku tidak kerjakan." Al Hasan berkata lagi: "Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorang pun diantara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan ak

Jaga Ikhtilat

Assalamu'alaikum wbt. Seperti yg dijanjikan, saya akan share serba sedikit ilmu yg saya dapat dari sahabat sahabat usrah saya. Harap harap ilmu ni dapat mentarbiah diri kita ya. Sama sama kita manfaatkan ilmu ni. InsyaAllah  ♥ Bismillahirrahmanirrahim Sedar tak kita? Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI? Bagaimana? Saya elok pakai tudung, tutup aurat semua, takkan still menggoda kot?! Betul, kita memang dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar, labuh, tak nipis, pakai stokin, tudung tutup dada. Tapi diluar kesedaran kita, mungkin kita buat benda benda ni : 1.Tunduk Eh? Takkan laaa tunduk pun salah? Alahai... Tak, tunduk ni just jadi salah bila kita ni tengah berdiri, then nak pergi ambil benda atas lantai, kita tak melutut. terus ambil dengan cara tunduk. Ala ala rukuk gitu. Faham? Sedar tak kita dah membiarkan bentuk bahagian punggung terdedah utk dilihat oleh kaum adam? Kalau waktu tu takde lelaki, takpe la, misalnya kat rumah. So ta