Jaga Ikhtilat
Assalamu'alaikum wbt. Seperti yg dijanjikan, saya akan share serba sedikit ilmu yg saya dapat dari sahabat sahabat usrah saya. Harap harap ilmu ni dapat mentarbiah diri kita ya. Sama sama kita manfaatkan ilmu ni. InsyaAllah ♥
Bismillahirrahmanirrahim
Sedar tak kita?
Bismillahirrahmanirrahim
Sedar tak kita?
Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI? Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat semua, takkan still menggoda kot?!
Betul, kita memang dah sempurnakan penutupan aurat kita.
Pakaian longgar, labuh, tak nipis, pakai stokin, tudung tutup dada.
Tapi diluar kesedaran kita, mungkin kita buat benda benda ni :
1.Tunduk
Eh? Takkan laaa tunduk pun salah? Alahai...
Tak, tunduk ni just jadi salah bila kita ni tengah berdiri, then nak pergi ambil benda atas lantai, kita tak melutut. terus ambil dengan cara tunduk. Ala ala rukuk gitu. Faham?
Sedar tak kita dah membiarkan bentuk bahagian punggung terdedah utk dilihat oleh kaum adam?
Kalau waktu tu takde lelaki, takpe la, misalnya kat rumah. So takpe lah kan.
Ni cuba kalau dekat public? Dekat shopping mall ke. Kan ramai orang.
Mencabar nafsu tak?
YA. Tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata
Ya, yang ni pun boleh mencetus nafsu lelaki.
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi lagi yang sesaja pandang lelaki dengan mata yang agak manja lagi menggoda untuk tarik perhatian.
Percayalah wahai kaum hawa sayang,
nafsu lelaki boleh juga tercabar walaupun dengan hanya lirikan, jelingan & pandangan mata kita ni.
Bagi kita maybe macam biasa lah kan, bagi lelaki, mungkin seksi dan menggoda. Wallahu'alam.
3. Lenggok badan
Tahu tak, cara kita jalan pun boleh buat nafsu lelaki tercabar?
Ala ala mcm lagu 'The Wanted - She walks like Rihanna' tu melambangkan yang lelaki suka tengok cara perempuan berjalan.
Well mengikut pengalaman kawan saya lah kan, dia kata ada lelaki ni duduk berhampiran dengan dia, then lelaki tu ternampak sorang perempuan ni berjalan ala 'catwalk' (maybe tu mmg cara dia jalan, semulajadi), lelaki tu kata cara perempuan tu jalan sangat menarik perhatian.
SEE?
4. Senyuman
Alahai, salah ke nak senyum?
Pernah dengar kan kata kata 'dari mata turun ke hati'?
Ni bukan benda biasa, ni memang dah selalu sangat jadi.
Seperti yg dikatakan tadi, setiap inci tubuh wanita tu indah dimata lelaki.
Lagi lagi bila cakap pasal bibir.
Eh habis tu takkan nak buat muka ketat, masam je? Ish tak faham laaa -.-
Mestilah tak. Senyum kan sedekah. Tapi senyum lah dengan cara yang betul.
Depan lelaki senyum nipis dah lah. Means macam senyum sikit je. Takmo lah senyum menggoda bla bla eh? takmo takmo. Kita kan boleh beza senyum nipis ke, senyum manis ke, tawar ke, biasa ke, menggoda ke? Boleh beza kannn?
So, senyum mesra, manis lagi menggoda tu sila simpan. Just tunjukkan dekat zauj korang je. Hubby and anak anak korang je nanti k?
Mungkin kita mengeluh, sebab lelaki ni tak habis habis dengan nafsu.
So, takkan kita nak biarkan benda ni terus berleluasa kan?
Jom, jadi wanita yang mengurangkan nafsu lelaki ajnabi, dengan cara berhenti mencabarnya.InsyaAllah. Moga moga kita termasuk dalam kalangan yang sentiasa dilindungi Allah Azza wa Jalla.
So macam mana caranya?
Meh sini teruskan membaca. Sesama kita belajar and perbaiki ya? Slow slow pun takpe ;)
1. Elakkan berurusan dengan lelaki ajnabi. Kalau ada benda yang nak minta tolong, cuba cari perempuan dulu. Apa apa pun nak minta tolong ke nak share ke, mesti yang sesama jantina ya?
Well, disebabkan limitation kemampuan perempuan macam repair kereta ke, repair laptop dan lain lain, so terpaksa jugak minta tolong dari lelaki.
2. Kalau terpaksa contact lelaki ajnabi ni, gunakan la medium perantaraan dalam bentuk tulisan, macam SMS ke, email, whatsapp, wechat, viber, bbm bla bla bla surat or nota kecil.
Guna ayat formal je k? bukan bahasa pasar or bahasa gedik.
Contoh : Maaf (bukan sowi, cowi bla bla). Terima kasih (bukan time kaceh, tentiu, tenkiu bla bla) dan lain lain yang tak berfaedah. Elakkan onthephone. Ni sebab suara wanita yang kononnya lunak and merdu tu boleh menggetarkan jiwa lelaki! MashaAllah.
Rujuk Al Quran, Surah Al Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri isteri nabi, kamu bukan lah seperti perempuan perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkan lah perkataan yang baik."
Kalau rasa ayat ni untuk isteri nabi je, try lah lembut kan suara korang tu dan lihat kesannya.
So bila arahan ni diberi kepada isteri isteri nabi, sepatutnya kita pun sahut seruan tu untuk dapat darjat sama macam mereka, darjat wanita yang bertaqwa dan darjat wanita wanita terpilih.
Best kan? Serious best sangat!
3. Tundukkan hati
Bila terpaksa berurusan dengan lelaki ajnabi, kita sepatutnya rasa meremang sbb takut dekat Allah. Kita perlu takut sekiranya sebab kita, lelaki senang sangat tertarik dekat kita.
Waktu berdepan dengan diorang tu, banyak banyak kan lah berdoa: "Ya Allah, jangan lah Kau buat lelaki ini tertarik kepada ku. Jauhkanlah pandangannya dari panahan syaitan."
4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subject Communication skills yang kita belajar dulu tu: "make eye contact with the person you're talking to" Benda ni applicable bila kita bercakap sesama jantina je ye. Kalau ber eye contact dengan berlawanan jantina, risau nanti boleh jadi 'dari mata turun ke hati'.
So be careful dengan pandangan mata. Para sahabat nabi dulu pun Allah perintahkan supaya tahan pandangan bila berurusan dengan isteri isteri nabi.(Rujuk Surah Al Ahzab ayat 53: "...Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."
Kita bukan lah disuruh duk bawa tabir kemana mana kita pergi, kalau susah sangat nak jaga pandangan mata tu, bawa lah buku. Tutup dengan buku ke, file ke.
Tengok, betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isreri isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau nak hebat mcm diorang, buat lah apa yang diorang buat.
Takkan lah nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Al Quran baru kita sibuk nak buat?
Contoh: "Wahai Cik Atiqa, taatilah suamimu..." ish ish ishhh sangat sangat tak layak okay.
5.Cepatkan urusan.
Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang bekerja terpaksa berurusan dengan teammate lelaki ajnabi. Dah tak boleh elak, dia je teammate kita.
So apa apa kerja yang nak kena buat sesama, buat je kerja tu. Pasang niat and tujuan just untuk siapkan kerja or bincang perkara perkara berkaitan kerja je. Tak payah nak borak borak kosong, buat lawak lah bla bla bla. Semua tu tak perlu pun. Langsung tak berkaitan and membantu siapkan kerja.
Siapkan cecepat then pergi. And group discussion buat lah tempat yang proper, yang ramai orang dan berurusan lah secara muslim atau muslimah yang professional ye.
So ini je yang dapat saya share, Harap harap bermanfaat lah. Dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yang ada identiti, taat pada Allah serta perintahNya, dan takut pada azab & hari pembalasan Nya.
Jaga diri, hiasi peribadi ;)
Assalamu'alaikum ♥
Comments
Post a Comment