Jangan tunggu sempurna kemudian baru dakwah!
Assalamu'alaikum. Okay so entry kali ni pendek je. Petikan ni saya ambil dari group usrah saya. Harap harap ianya bermanfaat sesama kita ya ;)
Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Anas r.a, dia berkata "Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."
Maka Rasulullah SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran meskipun kalian belum meninggalkan semuanya." (HR Thabrani).
Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin 'Abdillah: "Berilah nasihat kepada sahabat sahabatmu." Mutharrif menjawab:"Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang aku tidak kerjakan." Al Hasan berkata lagi: "Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorang pun diantara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorang pun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran." (Al Jami'li Ahkamil Qur'an: 1/367, Al Qurthubi)
Sebagaimana dikatakan seorang penyair:"Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita?" (Al Jami'li Ahkamil Qur'an: 1/367, Al Qurthubi)
So kesimpulannya kat sini, sesiapa je boleh berdakwah okay? Tapi disebabkan zaman sekarang majoriti suka anggap orang baik baik je dakwah, so sebelum dan selepas berdakwah or menyampaikan ilmu tu pastikan diri kita ni buat seperti apa yang kita sampaikan. Bukan sebab nak tunjuk kat orang ke, sebab nak suruh orang ikut nasihat dakwah atau ilmu yang kita sampaikan, tapi niat ikhlas dalam hati, LILLAHITA'ALA. Then teruskan berdoa, usaha, istiqamah dan tawakkal. InsyaAllah, perjuangan dakwah dan penghijrahan kita ni dapat diterima. Dan yang paling penting, diberkati dan diredhai Allah Subhanahuwata'ala.
Jaga diri, hiasi peribadi. Selamat beramal ♥

Comments
Post a Comment