Allah Lebih Tahu

Assalamu'alaikum. Lama tak update. Takdelah lama mana tapi rasa lama taktau kenapa. Rasa kosong bila tak menulis. Hihi. Walaupun ada test satgi, takpe lah. Nak gak luangkan masa kat blog buruk ni. Blog yang krik krik takdak orang nak ambik tau sangat. Haha tak kisah pun. Ana menulis bukan untuk popular, just nak share apa yg terbuku dihati dan apa yang ana dapat. InsyaAllah moga bermanfaat. Okay let the story begin!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bayangkan.
Kita ada anak kecil, 3 tahun.
One day, kita tengah masak kat dapur.
Si kecil tu pun mai sekali duk ikut mak dia.
Pastu ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan main pisau.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tak, kan. Gila apa nak bagi.
So izit means kita tak sayang dia?
No no no. Sebab sayanglah kita takmo bagi.

Walaupun anak kita rasa, pisau itu 'best'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tau. Anak tak tau

Begitu juga kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak bagi, tak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Sebab sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu. Kita tidak tahu.

Nah sedikit penambahan tazkirah ♥

Kalau tak dapat rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
So kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam seminit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah
Maafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Salallah
Laa ilaa ha ilallah
MuhammadurRasullullah"

Okay takat tu je yang mampu. Maaf kalau ada kekurangan and salah silap. Biasa la manusia tak pernah lari dari kesilapan ennn. So muhasabah lah diri tu selalu ;) Ada penambahan lagi mohon share okay? Jzkk. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

MOVE ON LAH!

R.I.A.K

You can't break a broken heart ;)