R.I.A.K

Assalamu'alaikum.
Wow, look at the time it's already 2 am plus plus. Haha takpe lah. Bukan senang senang nak dapat feel update blog. Susah tau. Ni pun dapat feel sebab dah bosan duk ngadap assignments yang berlambak dan takdak kesudahannya. Adehhh. Okay let's skip to my real topic here which is R to the I A K! Yes, RIAK yang sinonim dengan angkuh atau berlagak. Perbetulkan saya sekiranya silap okay? Baik lah, jom start :)

                                            بسم الله الرحمن الرحيم
Okay ma makna riak? Riak ni terjadi bila mana kita buat sesuatu perkara baik tu dengan niat menunjuk nunjuk. Contoh la kan, saya ni tengah duk lepak kat kelas, dengaq lagu apa suma tetiba lecturer mai masuk. Terus berpura pura buat kerja itu ini kekonon nak tunjuk kat lecturer lah yang saya ni rajin duk datang kelas buat kerja baca buku apa suma la. CONTOH la eh. Haaa hat tu la dikira RIAK. Buat something sebab nak menunjuk.

So awak tau dak samaada awak ada sifat riak tu atau tak? Sedaq sendiri laaa noh. Malaih nak habaq. Okay macam ni lah topic nya kat sini ialah HOW TO GET RID of this RIAK thingy? Baik, macam ni. Cousin saya, Akhi Firdaus ada habaq kat saya since saya tanya dia tadi. Gini caranya;

1. Selalu selalukan lah ingat Allah tak kiralah dimana, bila dan dengan siapa anda berada.
Cemana nak buat? Senang je, rajin rajin basahkan lidah dengan zikrullah, rajin rajin baca Quran. satu hari satu juzuk. Takpun satu surah, paling malas sekali satu muka surat. Yang penting BACA EVERYDAY.

2. Mulakan setiap perbuatan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Sebabnya syaitannirojim tu selalu cari peluang untuk kacau hati kita. Jahatkan dia? So jangan lupa baca bismillah. InsyaAllah amalan kita lebih berkat :)

3. Anggap amalan, ilmu atau apa apa yang kita miliki masih kurang.
So daripada ni kita boleh tambah and mantapkan lagi ilmu dan iman didada dengan merujuk ibu bapa kita, sahabat sahabat, guru, pensyarah atau yang sewaktu dengannya. Jadinya, hati kita ni akan sentiasa insaf dan tawadhu'(merendah diri)

4. Muhasabah diri sekerap mungkin.
Actually lebih baik kalau kita muhasabah diri everyday. Tak kira lah bila or kat mana pun kita.
So setiap kali muhasabah diri hati kita insyaAllah lebih terpelihara dan minda kita akan sentiasa remind kita supaya kita tak terjerumus balik dalam lembah lembah buruk tu contohnya RIAK seperti yang dibincangkan ni.

Okay setakat ni je la yang saya dapat share pepagi ni. Harap bermanfaat untuk diri saya dan awak semua ya. Yang baik baik semuanya dari Allah dan salah silap semua datang dari saya sendiri. Kalau ada yang tak kena mohon tegur ya. Tegur baik baik, jangan maki hamun pulak. Tumbuk kang. *gurau je.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

MOVE ON LAH!

You can't break a broken heart ;)