Ujian.Kesusahan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah kerana memberi peluang utk terus hidup pada pagi ni. Sebelum terlambat, Selamat menyambut ibadah puasa buat sahabat fillah sekalian. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada yg lepas. InsyaAllah. Lama dah saya tak update blog. Rindu sebenarnya nak jadi rajin update tapi tak berkesempatan sbb suasana pembelajaran utk peringkat ijazah ni agak err boleh dikategorikan susah .jugak. Tapi takpe. Sementara ada sikit masa ni, moh la kita isi hati dan buka minda utk muhasabah diri 
Baiklah. Apa yg dikatakan sebagai ujian? Apa pula yg dikatakan sebagai kesusahan? Bagi pendapat saya, lebih kurang sama je dedua. Tapi ujian ni tak semestinya susah, apa yg pasti kesusahan semestinya susah. Faham? Alright meh kita teruskan.

Ujian boleh datang dalam banyak bentuk. Seperti yg saya kata td, ujian tak semestinya susah which means kekadang perkara baik pun dikira ujian. Contohnya bilamana kita cemerlang dlm exam. Eh tu pun dikira ujian ke? Yes indeed. Kenapa ujian pulak? Sebabnyaaa, masa kita cemerlang tu la Allah nak uji samada kita ingat dekat Allah ke tidak. Kekadang ada sesetengah orang, bila dia dah success, dia lupa Allah sbb dia terlampau seronok dgn kejayaan dia. So dia berparty la bagai, dia hanyut dgn godaan syaitan. Haa cemtu la. Faham kan maksud ujian ni? Ada juga ujian dalam bentuk susah, negative. Tak perlu contoh kot, sendiri faham la noh. Huhu.

Okay kesusahan pula sama juga macam ujian tapi yg berbentuk negatif tu. Haaa hat ni nak habaq sikit. Bukan nak habaq, nak share sikit my story. Ehem bismillah. Okay saya semenjak dua menjak ni, lately ni la, banyak nau ujian datang mai. Allahu Allah, rasa sedih and down sangat sebenarnya. Taktau la nak habaq guane perasaan masa tu. Banyak ngadu kat Allah je sbb Allah je faham perasaan kita kan walaupun kita sendiri tak faham. Then lepas ngadu kat Allah, saya ngadu kat mak. Alhamdulillah berkat sabar mak layan puteri sulong kesayangan dia ni, saya pun rasa tenang sikit. Rasa kuat sikit bila dah ngadu pada Allah dan insan yg paling saya sayang dunya wal akhirah. Sobs.

Boleh dikatakan berat and sakit juga la ujian tu sampai saya rasa tak mampu nak hadapi. Tapi saya yakin pada Allah, setiap ujian yg Allah bagi tu tanda Allah sayaaaang sangat pada kita. Allah tahu kita mampu hadapi sbb tu Allah bagi ujian tu. Sebenarnya kesusahan yg datang dalam hidup kita adalah tanda doa kita dimakbulkan. Supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Tapi kekadang kita tersilap dgn melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan dan kemusnahan diri kita. Walhal tidak. Tidak ada ujian yg menghancurkan melainkan kita sendiri menyerah kalah. So jangan give up! Apa guna kalau kita give up sedangkan pada awalnya kita dah bersusah payah hadapi ujian tu? Sia sia je kan?
So apa yg nak di conclude kat sini ialah, walau cemana teruk pun kita dikutuk, difitnah, diburuk burukkan, dibenci and everything lah kan yang sewaktu dengannya tu, walau cemana hebat ujian yg Allah bagi kat kita tu, take it as a sparks to enlightened our inner spirit, our soul. Jadikan pembakar semangat utk kita terus berubah and tinggalkan kisah hitam or silam hidup kita dulu. Jangan sebab ujian tu kita jatuh, kita rebah. Jangan sebab ada orang benci kita, kita down so kita benci dia balik. Jangan. Tak berbaloi benci orang yg bencikan kita tanpa sebab. Biar dia buang masa dia duk kutuk kita ke, mengumpat pasal kita ke, fitnah kita, burukkan kita. Biar dia buang masa dia dengan dosa. Diorang ni pemurah sangat sbb sanggup buat dosa semata mata nak bagi pahala dkt kita. Pemurah kan? Haha kesiannn.

Kita ni semua pendosa. So mana mana yg duk buat dosa tu, banyakkan muhasabah diri. Jangan buang masa judge dosa orang lain. Kita bukan baik sangat nak judge. And bukan kerja kita pun nk judge. Silap silap nanti Allah judge kita lagi teruk kat akhirat. Allahurabbi. Tak takut ke? Tu tu orang yg duk buka aib orang lain tu, tak takut ke Allah buka aib kita nanti? Lagi teruk tau. Na'uzubillah. Nak keee? Nak keee?
Jadinya, sesama lah kita muhasabah diri and taubat. Fikir balik sebelum nk buat apa apa tu, Allah redha tak kita buat tu? Allah redha tak kita buat ni? Kalau kita buat gak utk kepuasan diri sbb nak tgk orang derita, sampai bila tahan kepuasan tu? Sampai bila kegembiraan menjatuhkan orang tu bertahan? Sampai bila? Haaa jangan memain benda mcm ni. Risau bila dah syok sangat burukkan orang, kat akhirat nanti derita gila la nak cari orang tu utk minta maaf. Kalau jumpa takpe lagi, kalau tak jumpa? Neraka jahannam la pengakhirannya.

Akhir sekali, kita kena saling meminta maaf dan memaafkan. Amalan mulia tu kan? Tak rugi apa pun. Pahala lagi. InsyaAllah. So mana mana yg lepas tu, kita lupakan. Abaikan. Jangan ulang dosa yang sama. Taubat sebelum terlambat! It's time to move on! Jadikan pengalaman semalam sebagai pengajaran utk diri sendiri bukan hukuman. Okay? Semua yg baik datang dari Allah, dan yg buruk dari diri saya sendiri. Sekian. Wassalamu'alaikum wbt

Comments

Popular posts from this blog

MOVE ON LAH!

R.I.A.K

You can't break a broken heart ;)