Husnuzon atau Suuzon?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukran jazilan kerana awak masih lagi bersama sayasecara tak langsung dalam rancangan "Ana Bukanlah Ustazah". Hihihi. Okay jom kita teruskan rancangan kita dengan sesi membebel pagi subuh bersama tetamu jemputan kita pagi ni, Datin Seri Nur'Atiqah. Tafadhol masykura Datin :P

  بسم الله الرحمن الرحيم
Pertama tama sekali saya just nak terangkan definisi Husnuzon which means bersangka baik. Dan Suuzon pula ialah yg sebaliknya, yakni bersangka buruk pula. Ala semua orang dah tau kan so saya taknak cakap panjang and nak share tazkirah pagi yg saya dapat beberapa bulan lepas dari group usrah kesayangan saya, Saitul Mujahidah 3 ❤ tepuk sikittt hehe. Okay dah dah. Jom kita teruskan membaca.


So hati yang paling teruk adalah hati yang ber prasangka buruk terhadap kebaikan orang. Bila nampak orang tulis pasal nasihat, pasal dakwah, pasal Islam, kita kata dia poyo, menunjuk nunjuk, ajet ajet alim la, apa la. Itu maknanya hati kita ada MASALAH BESAR okay? BESAR.

Senang cerita macam ni la, nak bagi contoh sikit walaupun saya tahu awak semua dah faham tadi kan. Tapi saya nak cerita gak :3 puhihi

Contohnya kita tengah tidur. Pastu ada ulat "charlie" yang body melentik berbelang hitam orange tu merayap di belakang kita dan hampir sengat kita. kawan kita pon jentik natang tu pastu opkos la kita terbangun kan? Sebab terasa jentikkan maut kawan kita tu. Hehe. Pastu tak pepasal kita p marah dia tanpa usul periksa. Patut ke kita marah dia sebab kacau kita tidur, sedangkan dia dah selamatkan kita dari kena sengat dgn natang "charlie" tu?

Haa macam tu la bila ada orang tulis atau sebarkan benda baik. Dia ikhlas ke tak, atau dia just nak menunjuk or nak kongsi ilmu, itu niat dia dengan ALLAH, Tuhan yang Maha mengetahui.
Asalkan dia tulis benda baik, biarlah. Lain la kalau dia duk mencarut carut ke, memaki hamun je manjang. Kalau hat tu ada kat timeline pesbuk ke twitter ke, takpun insta saya dah lama dah saya p block dia! (Serious talk). Geram tau dak? Tak pepasal kita yg terbaca ni mencarut gak. Ish tak berkenan betul! Tapi saya taklah sekejam tu. Konon lah serious talk tapi kekadang saya check gak siapa dia tu. Kalau kawan tegur la bebaik.

Kalau hat tulis benda baik tu takpe. Walau cemana pun dia tu, selagi dia menyampaikan benda yang baik dan sahih biarkan dia. Jangan duk sibuk ngata dia. Sebabnya dia dapat ingatkan orang lain jugak kan. Tak perlu lah kita berprasangka dan cakap bukan-bukan pasal dia.
Apa yg saya tahu ada satu makhluk je yang tak suka manusia buat benda baik. Syaitan. So kalau kita ni jenis tak suka orang buat baik, kita ni geng syaitan ke? Harap harap tak la ye? Taknak jadi geng dia kita kena selalu lah bersangka baik ;)

Okay lah tu je kot takat ni. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya kat memana social network yg ada. Segala yg baik dari Allah dan yg sebaliknya dari diri saya sendiri. Mohon sesangat kalau saya salah tegur ya. Al maklum lah budak baru belajar :B hihi. Sekian. Wassalam.

"Ya Allah. Elakkan lah hati kami dari bersangka buruk terhadap orang lain. Semoga redhaMu sentiasa mengiringi kami."
Amin ya Rabbal'alamin ❤

Comments

Popular posts from this blog

MOVE ON LAH!

R.I.A.K

You can't break a broken heart ;)